Journey to STREAM Education

Pengenalan

Pengenalan

Malaysia merupakan negara yang mempunyai kekayaan hasil petroleum. Secara umumnya, hasil minyak dan gas di Malaysia digali dikawasan luar pesisir pantai walaupun tenaga minyak terawal digali diatas darat di Miri, Sarawak pada tahun 1910. Penerokaan terawal dibuat di Miri pada tahun 1910 dengan pemprosesan petroleum pertama di Lutong. Walau bagaimanapun penerokaan berkenaan terhad kepada kawasan daratan atas kekangan teknologi dan logistik. Lapangan minyak luar pesisir pertama di Malaysia adalah pada tahun 1968 di Sarawak (West Lutong) dengan telaga pertama di luar pesisir pantai Terengganu pada tahun 1978 (Pulai).

KEMAS telah mengambil inisiatif memperluaskan bidang STEM kepada STREAM, di mana bidang seni (Art), serta nilai murni (Religions) turut diintegrasikan dalam Sains, Teknologi, Engineering (Kejuruteraan) dan Matematik (STEM) supaya melalui estetika dan kreativiti, minat kanak-kanak terhadap bidang STEM dapat dipupuk dengan lebih mudah terutamanya melalui pendekatan "belajar sambil bermain". Nilai murni seperti kasih sayang, baik hati, bekerjasama turut dijadikan sebahagian daripada STEM kerana nilai adalah asas kepada kemenjadian kanak-kanak di masa akan datang. Hasrat memperkenalkan Pendidikan STREAM ini sejajar dengan pengumuman YB Menteri Pembangunan Luar Bandar semasa lawatan ke Tabika KEMAS Otak Lempit pada 7 Jun 2018.

Pendidikan STREAM di Tabika KEMAS menekankan konsep pembelajaran secara "Open Space" serta mengaplikasikan strategi pengajaran di pusat pembelajaran. Satu projek rintis telah dimulakan di Tabika KEMAS Al-Ghazale, Melaka bertemakan "Aviation", di mana STREAM diintegrasikan dalam aktiviti pembelajaran di TABIKA ini dan seterusnya dijenamakan sebagai "TABIKA KEMAS Pintar STREAM".

Jabatan KEMAS Negeri Sarawak telah memilih Oil And Gas sebagai tema TABIKA KEMAS Pintar STREAM di TABIKA KEMAS Taman Sepakat Jaya Kuching. Pemilihan tema ini adalah bersesuaian dengan Negeri Sarawak sebagai sebuah negeri pengeluar gas asli di Malaysia dengan rezab 52.7 % (Sumber Borneo Post 10 November 2018) Oleh sebab itu, tema Oil and Gas dipilih untuk dijadikan sebagai projek rintis di Negeri Sarawak.

Istilah upstream, midstream dan downstream begitu sinonim dengan Industri minyak dan gas. Ia adalah istilah umum yang digunakan untuk menerangkan aktiviti yang terlibat dalam pemprosesan bahan mentah.

Oleh itu, TABIKA KEMAS Taman Sepakat Jaya turut dibahagikan mengikut kelas Upstream, Midstream dan Downstream bersesuaian dengan tema Oil and Gas yang telah dipilih oleh Ibu Pejabat KEMAS Sarawak.

Upstream merujuk kepada aktiviti yang berkaitan dengan penerokaan dan pengeluaran bahan mentah. Dalam bidang ini, ia merupakan aktiviti penerokaan bawah laut untuk mencari kawasan minyak di dalam bumi. Ini diikuti dengan drilling dan seterusnya pengeluaran minyak. Proses ini melibatkan kepakaran teknikal yang tinggi dan penggunaan teknologi yang canggih. Selain daripada pengeluaran bahan mentah, pembinaan pelantar minyak, bekalan besi untuk proses drilling dan pengeluaran, aktiviti sokongan dan penyelenggaraan serta fabrikasi untuk peralatan turut merupakan aktiviti upstream. Di Malaysia, kebanyakan projek yang berkaitan dengan upstream akan dijalankan dengan Petronas yang dimiliki oleh kerajaan.

Upstream merujuk kepada aktiviti yang berkaitan dengan penerokaan dan pengeluaran bahan mentah. Dalam bidang ini, ia merupakan aktiviti penerokaan bawah laut untuk mencari kawasan minyak di dalam bumi. Ini diikuti dengan drilling dan seterusnya pengeluaran minyak. Proses ini melibatkan kepakaran teknikal yang tinggi dan penggunaan teknologi yang canggih. Selain daripada pengeluaran bahan mentah, pembinaan pelantar minyak, bekalan besi untuk proses drilling dan pengeluaran, aktiviti sokongan dan penyelenggaraan serta fabrikasi untuk peralatan turut merupakan aktiviti upstream. Di Malaysia, kebanyakan projek yang berkaitan dengan upstream akan dijalankan dengan Petronas yang dimiliki oleh kerajaan.

Objektif

  • Sabah meliputi kawasan seluas 73,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 14,400 kilometer dengan Laut China Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Sulawesi di sebelah selatan
  • Perkapalan merupakan salah satu medium pengangkutan yang sangat penting di Sabah
  • Akses utama terhadap lebih daripada 40 pulau yang menarik di Sabah
  • Laluan utama kapal-kapal dalam dan luar negara
Pengenalan

Perancangan

TABIKA KEMAS Sabah merupakan TABIKA KEMAS Pintar STREAM ketiga yang dirasmikan YB Menteri Pembangunan Luar Bandar. TABIKA KEMAS Sabah ini dijenamakan sebagai TABIKA KEMAS Pintar STREAM (Marin) dilengkapi dengan rekacipta marin yang sesuai dengan usia kanak-kanak 4 – 6 tahun. Bahan kitar semula turut digunakan dalam memberikan pendedahan kepada kanak-kanak berkaitan dengan fungsi teknologi dan kerjaya marin dalam kehidupan seharian.

Mereka diberi peluang merekacipta berdasarkan minat sekaligus membina asas yang kukuh dalam bidang matematik, sains, teknologi rekabentuk dan ICT melalui kemahiran hands on sepanjang aktiviti Modul e-STREAM (Marin) dijalankan. Penglibatan ibubapa dalam aktiviti Modul e-STREAM (Marin) merupakan nilai tambah utama dalam usaha memperkukuhkan simbiosis ibubapa/ masyarakat dengan pihak tabika.

Perancangan Awal

Perancangan pengisian serta reka bentuk Tabika KEMAS Pintar STREAM dibincangkan bersama pegawai serta kakitangan KEMAS yang terdiri daripada Jurulatih Institut / Pusat Latihan, Penyelia Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Pendidik Masyarakat, pegawai dari Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Ibu Pejabat serta KEMAS Negeri dan Daerah. Kerjasama pintar bersama pakar akademik dari universiti tempatan (UPSI dan ASWARA), NGO (Persatuan Pertubuhan Sekolah Belantara Malaysia) serta pihak swasta (CECD Group of Education (CACHE UK)) turut dilibatkan semasa proses perancangan.

Bengkel Siri 1

Pada 9 Mac 2017, bengkel bersama pegawai-pegawai KEMAS dan tenaga pakar akademik daripada UNIMAS telah melakarkan deraf 3D layout rekaan luaran dan dalaman Tabika KEMAS Pintar STREAM. Insipirasi rekaan bertemakan marin membentuk suasana pembelajaran di kawasan lapangan terbang. Pelan lantai bagi pusat pembelajaran berdasarkan fungsi.

Pusat Nama Pusat Fungsi
Bahasa Reading Room Membantu meningkatkan serta merangsang perkembangan literasi
Penerokaan Discovery Meneroka dan melakukan eksperimen berdasarkan tema
Kraf dan Kreatif Let's Get Crafty Melaksanakan aktiviti kraf dan seni visual
Block dan Puzzle Innovation Merangsang kanak-kanak berinovasi menggunakan LEGO, blok, puzzle, dan lain-lain
Drama • Dramatic Play
• Simulator Cabin
Merangsang dan mengalakkan elemen main peranan dan komunikasi dalam diri kanak-kanak
Outdoor Learning Centre Outdoor Learning Centre Kajian lapangan @ field work di luar kelas

Bengkel Siri 2

Pada 31 Mac 2017, Bengkel Siri 2 dilangsungkan bersama pegawai-pegawai KEMAS dan tenaga pakar akademik daripada UNIMAS melaksanakan penambahbaikan pada perspective layout dan cadangan warna luaran dan dalaman Tabika KEMAS Pintar STREAM yang sesuai. Penambahbaikan kepada susun atur pelan lantai bagi pusat pembelajaran. Namun, fungsi setiap pusat dikekalkan.

Reading Room
Pusat bagi mempelajari kemahiran membaca dan menulis berkaitan minyak dan gas (upstream).

Contoh : Kanak-kanak menceritakan semula buku yang dibaca dihadapan rakan lain.

Discovery
Pusat penerokaan berkaitan minyak dan gas (upstream).

Contoh : Kanak-kanak meneroka pelbagai jenis model pengangkutan laut dan berkongsi pengalaman sedia ada bersama rakan.

Let's Get Crafty dan Innovation
Pusat kreativiti kanak-kanak.

Contoh : Kanak-kanak menzahirkan idea kreatif menggunakan blok (lego) dan melalui seni lukis.

Dramatic Play
Pusat untuk melakonkan semula peranan/ watak berkaitan tema. Pakaian seragam direkabentuk khas mengikut aspirasi kanak-kanak semasa aktiviti di kelas

Contoh : Kanak-kanak berkomunikasi memainkan watak masing-masing.

Outdoor Learning Centre
Lokasi semasa aktiviti rutin – diintegrasikan dengan Modul Keyakinan Diri.

Contoh : Kanak-kanak diberi peluang mengetuai bacaan doa semasa sarapan pagi.

Simulator Cabin
Simulator Cabin merupakan sebahagian daripada Pusat Dramatic Play bagi memberi peluang kepada kanak-kanak berkomunikasi serta bersosialisasi mengikut watak masing-masing.

Pembinaan Pusat Pembelajaran

Pembinaan Pusat Pembelajaran

Pada 29 April 2017, Pusat Pembelajaran Tabika KEMAS Pintar STREAM telah dinaiktaraf dengan membina ruang tambahan yang seterusnya dijadikan "simulator cabin". Pada Fasa 2 iaitu pada Mei - Jun 2017, proses perancangan diteruskan dengan kolaborasi dari UPSI, ASWARA, dan juga NGO.

Penjenamaan Logo

Penjenamaan Logo

  • Logo KEMAS Airlines disediakan oleh pakar akademik dari Fakulti Seni, Komputer dan Industri Kreatif, UPSI
  • Logo ini gabungan daripada huruf K dan A (KEMAS Airlines)
  • Senarai Rakan Strategik

    Penjenamaan Logo

    • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
    • PETRONAS
    • Petrosains Sdn Bhd
    • Institut Pendidikan Guru Batu Lintang
    • Majlis Amanah Rakyat (MARA)
    Aktiviti Kanak-Kanak

    Aktiviti Kanak-Kanak

    Mulai 13 Jun 2017, kanak-kanak telah memulakan aktiviti dengan jayanya di pusat pembelajaran setelah proses menyiapkan Tabika KEMAS Pintar STREAM selesai.